sebut jek kuala selangor, mesti ramai penah dengar dan penah pegi berjalan2 kat area sini. kuala selangor terkenal ngan kelip-kelip. siap ada jeti khas utk pendayung-pendayung sampan ni bawak pelancong. kat sini diorg masih menggunakan sampan kayuh pasal kalau bunyi kuat dari enjin bot ni, kelip-kelip x suka dan mungkin akan mengurangkan populasi.
kelip-kelip ni kalau tengok memang seronok. rasa mcm nak celebrate xmas pon ada. haha. murah je plak tu, kalau nak pi, satu kepala kira rm10. 1 sampan boleh muatkan 4 org. so xde la berhimpit2 sgt dan xde la pendayung ni semua putus nafas nak mengayuh korg kan.. kalo yg slim melim xpe.. kalo kena semua mcm aku.. mmg 1 trip jek diorg pusing pastu pencen.
byk budget hotel yg korg bleh cari kat sini utk accommodation. tapi by kol 11 mlm je dah xde apa sgt kat town.
ni antara list-list benda yg kena korg buat kat kuala selangor:-
1) tgk kelip kelip kat kg kuantan. price rm10 pp. 7pm- 11pm. kalo xramai dorg tutup awal. kalo korg nak thrill skit, mintak pendayung nama cik anum. makcik ni dah 60thn. semata-mata dialah sorg pendayung wanita. kalo korg baik korg bagi la tips skit kat cik anum ni. dah berumur pon dia keja dayung sampan lagi.
2) bukit melawati - aku suka pi sini sebab nak main2 ngan beruk beckham jek. terlampau mesra alam. be careful kalo bawak makanan kerana tanpa segan silu diorg bleh memanjat badan korg dan meraba korg utk check ada makanan dlm baju x.. serious aku penah kena picit lemak kat perut sebab diorg igt tu makanan aku simpan dlm baju....
pastu pi la visit museum dan rumah api yg ada kat atas bukit melawati ni.
3) kalo ada kesempatan.. pi la tgk org buat dan anyam atap nipah, dekat jek ngan tempat kelip2 kg kuantan. tanya jek pendayung2 kat situ.
4) kalo yg minat nak jln2 dlm hutan paya bakau, pi kat taman alam. terletak bersebelahan ngan bukit melawati ni. best jugak ada tower yg korg bleh panjat dan tinjau burung2 atau beruk2. still.. berhati2 lah ngan beruk di sini. lain macam penangan dia.
5) nak best dan beli makanan laut, pergi ke area pasir penambang. kebanyakkan kedai kat sini kedai peniaga cina. tapi kebanyakkannya ramah mesra kalau kita pon ramah mesra. a travelling tips.. always smile as others will smile back at u.
masa aku pegi dulu best la jugak, dapat ikut pakcik tangkap kerang dan yg paling best, ikut pakcik yg tangkap ketam dlm lumpur paya bakau. hero lah pakcik ni, jln dlm selut laju gila. pastu style tangkap ketam ni plak adalah ngan mengorek lubang2 yg ketam ni buat rumah dalam selut2 tepi tebing paya bakau. agak mencabar dan lain dari yg lain style pakcik ni tangkap ketam. kalo sapa nak pegi tengok ke apa ke.. message aku, aku kasik no.
kalo nak makan, sila lah pi mkn kat kedai bwh bukit melawati, seberang jalan kat corner. signboard dia warna ijau kalau x silap. mknan dia memang sedap dan harga pon agak berpatutuan. nama kedai plak x ingat. kalo korg dah malas nak jln2 tu korg naik je la tram yg disediakan utk turun naik bukit melawati dan kawasan sekitarnya.
No comments:
Post a Comment