Kuala Gula terletak berdekatan ngan Kuala Kurau. Sila google map sendri.
yg best nya pasal kuala gula ni, memula kitorg nak pegi, memang xde sorg pon yg tau tempat ni wujud sebenarnya. dah la masa tu memang nak shoot utk pilot (1st ep). selalunya utk pilot episod, kesungguhan diperlukan sebab ep ni lah yg tentukan samada projek ni on atau tidak.
so nasib baiklah google punya google, dapat la nama ketua kampung ni, bila call plak dia dah jadi ex ketua kpg, dia bagi plak no anak buah dia, anak buah dia bagi plak no org kpg, org kpg kasi no budak keja resort, budak keja resort kasik kat manager resort, manager resort kawtim semua. rasanya lah.. ataupon mungkin melibatkan ramai org lagi.
so end up dpt lah contact sorg pekerja resort/ tour guide/ penduduk kpg kuala gula.
nasib baik sangat uolls... dpt sponsor penginapan.. resortnya pulak, xpayah nak cakap, balkoni mengadap kuala.. mlm2 memang sejuk.. memancing dari depan pintu je!!
so sesapa yg berminat nak pi ke kuala gula ni.. ni adalah sedikit info2 yg berguna:-
1) accommodation memang best kat Kuala Gula Sanctuary Resort. memang resort dia sesuai ngan golongan org yg kaki pancing pasal memang dia dibina kat tepi tebing kuala berkenaan. yg x suka mancing pon xpe, bleh menikmati angin sepoi2 bahasa.
kuala gula sanctuary resort
2) pegi la menyusuri kuala nye activiti. anda akan dibawa menyusuri kawasan bakau yg luas, bleh tgk burung2 migrasi. burung migrasi memang dpt kat sini. bulan brapa tu x igt la pulak. kengkadang kalau nasib baik leh nampak dolphin. atau ketam rock!!
3)dan juga pergi ke satu pulau yg dipanggil pulau buluh (pulau kelompang.. org kg panggil pulau buluh) yg best nya kat sini, walaupon dikelilingi air masin, byk pokok tumbuh kat pulau kecik ni sprt pokok buluh, limau, dan sebagainya. pulau ni jugak dipercayai mempunyai tamadun manusia awal dan kajian telah dibuat. seronok jugak dpt tengok bahan2 arkeologi dan artifak2 menarik yg masih ada.
4) tgk org pi tangkap ketam, beli ketam, mkn ketam, kerang dan sebagainya. kat kuala gula ni juga dikenali sebagai tempat perusahaan ketam lembut, ala ketam yg x payah nak mkn buang kulit tu.. sekali ngap dah habis..
5) try makanan rasmi kg iaitu gulai kari ikan sembilang.
6) tgk sunset dan mkn mee udang berasap kat tanjung piandang (mee udang berasap dia memang berasap)
7) enjoy dan beramah mesra lah ngan penduduk2 kat sana.
p/s: gambar dlm laptop tah kemana. ni je yg tinggal. sila tgk facebook nye gambar utk gambaran yg lebih jelas. nama album bulat n the krew.
ketam kat sini kalau nak beli leh nego. aku bawak balik sebaldi ketam.. kami mkn ketam 3 hari 3 mlm. kalau x percaya tanya joy, fiza atau yeni bakri!! hhahahaha.
No comments:
Post a Comment